Zakat Emas & Perak |
Emas dan Perak yang wajib dikeluarkan zakat ialah emas dan perak yang disimpan yang bukan menjadi perhiasan bagi perempuan dan anak-anak.
SYARAT-SYARAT WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT EMAS DAN PERAK
1. Orang Islam
2. Sempurna Hak Miliknya
3. Emas dan perak tersebut telah cukup nisab
4. Cukup haul iaitu genap peredaran masa setahun emas dan perak itu dimilikinya.
NISAB
Emas : 20 Misqal @ 85gram
Perak : 200 Dirham @ 595gram
Cara Pengiraan
Emas dan Perak yang dimiliki (di simpan/tidak dipakai) apabila cukup nisabnya dan sampai tempoh peredaran selama 1 tahun ia dimiliki (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakatnya sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada emas itu.
Contoh Emas Simpan :
Berat: 100 gram.
Nilai emas semasa setiap gram= $80.00BND
Nilai emas semasa=100g x 80BND=$8000BND
Zakat yang wajib di bayar: $8000BND x 2.5% = $200BND
Contoh Perak:
200 Dirham @ 595gram
Harga Semasa Perak setiap dirham :$7.00BND
Nilai Perak : 200dirham x $7.00BND = $1400BND
Zakat yang wajib dibayar : $1400.00 x 2.5% = $35.00BND
Kiraan Zakat Emas & Zakat Wang Simpanan BIBD ABOUT ZAKAT Hukum Membeli Emas & Perak Secara Ansuran / Tangguh
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
|
Please Read Here Before Order
Info Hukum-Hakam
Subscribe to:
Posts (Atom)